Friday, 16 June 2017

Bait penghargaan seorang Hamba.

Salam Ramadhan Kareem wa Barakah.
So, words are currently playing in my mind, so enjoy!
Bismillahirrahmanirrahim. 😊

Dear Allah yang menggenggam hati aku,

Buruknya aku, Kau ilhamkan kebaikan.
Sombongnya aku, Kau taarufkan kesyukuran.
Gelisahnya aku, Kau ukir ketenangan.
Berdosanya aku, Kau rezekikan keampunan.
Jahatnya aku, Kau detikkan keinsafan.
Lemahnya aku, Kau kurniakan kekuatan.
Susahnya aku, Kau nyatakan kemudahan.
Sakitnya aku, Kau datangkan kesembuhan.
Sedihnya aku, Kau hadirkan kegembiraan.
Marahnya aku, Kau kenalkan erti kesabaran.
Deritanya aku, Kau berikan kebahagiaan.
Peritnya aku, Kau hulurkan kesenangan.
Sulitnya aku, Kau suluhkan jalan.
Buntunya aku, Kau tunjukkan penyelesaian.
Rebahnya aku, Kau ajarkan kesungguhan.
Tewasnya aku, Kau bimbingku ke arah kemenangan. 
Sunyinya aku, Kau sentiasa menjadi peneman.

Ya Rabb yg Maha Menguasai seisi langit dan bumi, dunia dan akhirat, nyata dan ghaib, serta segala tiap sesuatu. Sungguh, Allahu rabbi adalah sebab dan punca aku masih bertahan, masih teguh berdiri, di saat semua yakin aku akan tersungkur. Benar, Dia lah satu-satunya harapan aku,kamu dan kita. Duhai diri, dan semua, moga kita tidak berputus asa untuk redha dan rahmatNya, kerana Dia, sentiasa ada untuk kita. الحمدلله .

أستغفر الله العظيم
حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

Sincerely,
HambaNya yang masih merangkak menuju redhaNya.